"Bro, ape cer awek aritu? dah sampai mane tahap ko dengan dia?"
"Kawan je lah bhai...aku memang niat nak kawan je pon..malaih lebih-lebih"
"Aishhh,takkan kawan je kot..apsal? dia dah ade boifren ke?kasi sailang laa..."
"Dia cantik,pandai....semua ada...komfem la ramai tertarik.. high compete..haha.."
"Try la dulu.. mane tahu dapat..."
"Eh, kau ni.. bagi la aku kenal dalam-dalam dulu ye pon..."
.........................................................................................................................
8 Jun 2012
01.40 AM aku masih lagi dihadapan komputer riba. Kelihatan seperti aku mencari info berkaitan dengan subjek mata pelajaran Power Electronic. Tetapi jika dilihat secara mata halus,sebenarnya aku sibuk berdiskusi dengan Fauziah Mansor demi merungkai pertanyaan dan menghuraikan pengenalan diri masing-masing di mukabuku. Nampak kan permainan kami?
Setelah beberapa hari berborak melalui mukabuku,akhirnya aku mengambil peluang meminta nombor telefon bimbitnya.Dan ya,dia tidak menolak untuk memberikan kepadaku.
Short semester memang student tak ramai,jadi dia sentiasa bosan kadang kala banyak menghabiskan masa di depan laptop menonton horror movie,info tentang korea-pop dan konsert M.Daud Kilau mungkin. Aku pula merasakan telah banyak mengetahui perihal akan dirinya dan dia okay dari segi berkawan dan cara perbualan.
So far aku masih tidak nampak cacat cela oleh nya,kalau ada pun tidak menjejaskan aku atau aku hanya anggap itu sebagai kebiasaan.Biasalah,manusia mana ada sempurna.
17 Jun 2012
Texting? Ya,hari-hari kami texting sejak ada mobile number masing-masing.Ya,secara jujur memang aku dah tangkap cintan pada Fauziah. Lepas mengetahui dia dah pernah buat umrah semakin aku kuat niat nak melamar dia.Tapi,berani ke aku?
21 Jun 2012
Tipulah kalau kau dah suka dekat orang tu kau hanya duduk diam tengok Buletin Utama. Sebolehnya mesti kau menstalk akaun media sosial kepunyaan orang itu sama ada sudah berpunya atau tidak.Tidak kiralah facebook,twitter,instagram,wechat atau linkedIn.LoL.
Ya,bukan tiada orang yang menaruh harapan perasaan dekat dia.Memang ada.Layanan dia terhadap orang itu juga apa kurang mesranya. Jadi kesimpulannya,duduk diam teruskan menonton Buletin Utama.
Henpon boleh campak jauh-jauh.
22 Jun 2012
Tapi kalau dia senang berkawan dengan kau,dia akan cari engkau juga. "Tet tet!" pesanan ringkas dari Pau( aku set nama Fauziah dalam henpon sebagai Pau)." Good morning pacik :)"
Aku hanya tersenyum sinis dan terus mereply. " :) " "Ah,bole jalan la perempuan semua sama."bisik hati kecil ku sambil mencampak semula henfon ke mana entah.
Eh,kau perlu ingat,dia tiada apa-apa hubungan special dengan kau. Kau,dia hanyalah kawan. Tak perlu kau merasa perasaan sebegitu kerana hubungan kawan memang begitu. "Oh ya,aku mula tersedar.Hmm,lagipon dia tiada salah denganku.How come aku nak ignore dia.Teruskan kawan seperti biasa.
*lalu segera mencari henpon yang dicampak tadi*
No comments:
Post a Comment