Sunday 13 July 2014

Akhirnya

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim


"Tak habis lagi ke kisah ko dengan awek tu?"
"Belum la.. panjang lagi cerita ni... "
"Abes tu? cerita lah..."
"Entah lah.. kadang sedih + excited bila aku nak ingat balik"
"Apsal?"
"..............."

.......................................................................................................


14 Julai 2012 

(3.35pm) Tup Tap Tup Tap.Sambil menaip keyboard di laptop,sambil itu tangan silih berganti menaip keypad di henpon. Seperti biasa,jika dulu banyak chatting di facebook,tetapi kini semua nya dihujung jari.Seronak berkawan dengan Pau,berbalas sistem pesanan ringkas dan kadang kala membuat panggilan jika mahu terus bercakap live.

"Lapar sangat ni,pagi tadi tak makan.Balik kelas pon tak sempat makan"
"Tak keluar ke makan?"
"Tak.. kawan-kawan semua ada kelas.Nak tunggu diorang lambat lagi"
"Nak mekdi?"
"Hah? sape nak beli?"
"Saya lah"
"Tak menyusahkan ke?"
"Tak lah lagi pon memamg saya nak keluar pegi Ong Tai Kim carik barang jap.Kan dekat dengan mekdi Ong Tai Kim tu."
"Boleh jugak"
"Okay,nanti dah sampai hostel saya bgtau k"
"Okay"

"Yessss!!!! Finally baru dapat jumpa dia face to face"Bisik aku dalam hati. Dengan budak rumah takde semua pegi teabreak dekat warung Sazzy Falak,mudahkan aku diorang tak tanya aku pergi mana. Kalau tak letih nak jawab. Zasss!! segera aku masuk bilik air mandi sunat dan cuba pakai baju sesemart mungkin.  

.....................................................................................................


"Mintak set fillet o fish,medium k"
"Orait,ada apa-apa lagi encik?"
"Tu saje kot"

Aku memandang Ong Tai Kim dari jauh.Kelihatan kereta berpusu-pusu mencari parking.Saje aku buat alasan nak pergi sana.Padahal aku tak nak dia tau memang aku keluar sebab dia.Takut dia pikir bukan-bukan pulak.

                       .....................................................................................................


"Salam Pau,saya dah sampai"
"Okay..tunggu jap.Cafe bawah kan?"
"Yup.Cafe bawah"

 Fuh..aku menghembus nafas.Dada masih lagi berdebar-debar.Dengan tangan kiri memegang tongkat,tangan kanan memegang plastik mekdi,macam-macam fikiran dalam kepala terbayang.
Cafe bawah ni tak beroperasi semasa short sem,memang kelihatan seperti setahun ditinggalkan. Serius angker.Tak tahulah kalau malam suasana dia macam mana kalau time siang pon dah bole naik kan bulu roma.

Akhirnya kelibat seorang wanita memakai sweater menghampiriku dari jauh dia tersenyum. 

"Fauziah ke?"
"Yup"
"Nah awak punya mekdi"
"Terima kasih..berapa semua ni?"
"Takpelah saya belanja.."
"Tenkiuu.. eh boleh ke beli mekdi dengan bertongkat bagai tu?"
"Ala,drive thru je kot..tak payah keluar kereta..haha"
"Okay,by the way terima kasih k"
"Okay no problem"

Aku kembali bergegas ke kereta.Harap-harap dia tidak kekok berkawan dengan aku lepas ni.



Saturday 12 July 2014

Pem-Proses-Tic

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim



"Bro, ape cer awek aritu? dah sampai mane tahap ko dengan dia?"

"Kawan je lah bhai...aku memang niat nak kawan je pon..malaih lebih-lebih"
"Aishhh,takkan kawan je kot..apsal? dia dah ade boifren ke?kasi sailang laa..."
"Dia cantik,pandai....semua ada...komfem la ramai tertarik.. high compete..haha.."
"Try la dulu.. mane tahu dapat..."
"Eh, kau ni.. bagi la aku kenal dalam-dalam dulu ye pon..."



.........................................................................................................................

8 Jun 2012

01.40 AM aku masih lagi dihadapan komputer riba. Kelihatan seperti aku mencari info berkaitan dengan subjek mata pelajaran Power Electronic. Tetapi jika dilihat secara mata halus,sebenarnya aku sibuk berdiskusi dengan Fauziah Mansor demi merungkai pertanyaan dan menghuraikan pengenalan diri masing-masing di mukabuku. Nampak kan permainan kami?

Setelah beberapa hari berborak melalui mukabuku,akhirnya aku mengambil peluang meminta nombor telefon bimbitnya.Dan ya,dia tidak menolak untuk memberikan kepadaku.

Short semester memang student tak ramai,jadi dia sentiasa bosan kadang kala banyak menghabiskan masa di depan laptop menonton horror movie,info tentang korea-pop dan konsert M.Daud Kilau mungkin. Aku pula merasakan telah banyak mengetahui perihal akan dirinya dan dia okay dari segi berkawan dan cara perbualan.

So far aku masih tidak nampak cacat cela oleh nya,kalau ada pun tidak menjejaskan aku atau aku hanya anggap itu sebagai kebiasaan.Biasalah,manusia mana ada sempurna.

17 Jun 2012

Texting? Ya,hari-hari kami texting sejak ada mobile number masing-masing.Ya,secara jujur memang aku dah tangkap cintan pada Fauziah. Lepas mengetahui dia dah pernah buat umrah semakin aku kuat niat nak melamar dia.Tapi,berani ke aku? 

21 Jun 2012 

Tipulah kalau kau dah suka dekat orang tu kau hanya duduk diam tengok Buletin Utama. Sebolehnya mesti kau menstalk akaun media sosial kepunyaan orang itu sama ada sudah berpunya atau tidak.Tidak kiralah facebook,twitter,instagram,wechat atau linkedIn.LoL.

Ya,bukan tiada orang yang menaruh harapan perasaan dekat dia.Memang ada.Layanan dia terhadap orang itu juga apa kurang mesranya.  Jadi kesimpulannya,duduk diam teruskan menonton Buletin Utama.
Henpon boleh campak jauh-jauh.

22 Jun 2012

Tapi kalau dia senang berkawan dengan kau,dia akan cari engkau juga. "Tet tet!" pesanan ringkas dari Pau( aku set nama Fauziah dalam henpon sebagai Pau)." Good morning pacik :)" 

Aku hanya tersenyum sinis dan terus mereply. " :) "  "Ah,bole jalan la perempuan semua sama."bisik hati kecil ku sambil mencampak semula henfon ke mana entah. 

Eh,kau perlu ingat,dia tiada apa-apa hubungan special dengan kau. Kau,dia hanyalah kawan. Tak perlu kau merasa perasaan sebegitu kerana hubungan kawan memang begitu. "Oh ya,aku mula tersedar.Hmm,lagipon dia tiada salah denganku.How come aku nak ignore dia.Teruskan kawan seperti biasa. 

*lalu segera mencari henpon yang dicampak tadi*








Friday 11 July 2014

Bajet Star Lah Sangat

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim


“Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali Dia juga menurunkan penawarnya.” (HR Bukhari).



"Apahal lutut engko bero?"
"Baru lepas surgery lah..."
"Ko sakit apa? Kencing manis?"
"Fuck! Main bola kot"
"Kahkahkah! buto main bola jadi macam ni..lagi pon kau dekat Universiti bukan penah main bola pon.Lagi lah nak wakil Universiti.Puihh!"
"Cibai lantak kau la taknak percaya''

..................................................................................................................


22 Mei 2012

"Bape lame bro kena pakai tongkat? Sakit tak dia operate? Ligamen mane dia ganti? Masuk besi ke?
Abes kau tak buat short sem la nanti? Sape jaga kau kat hospital? Bila balik rumah?"

LOL.


1 Jun 2012

"Semua sekali 250 Ringgit,Encik" "Ok" memerhati aku papa dari jauh membayar yuran penginapan kaunter hospital sambil aku duduk di kerusi roda.

"Ni nak balik Johor ke duduk rumah mak long terus?"mama bertanya. "Duduk rumah mak long terus la,minggu depan dah start short sem.Karang menyusahkan papa nak hantar balik KL lagi. "Kereta kau simpan mana?" "Ada kat rumah sewa".

"Berapa lama doktor cakap pakai tongkat?"mama merenungku. "Tak lama,dalam sebulan setengah InshaaAllah kalau takde pape.Dia cakap paling cepat 3 minggu.Tengoklah macam mana"

Part tengah tu la ligamen aku yg putuih







Hang Nak Pi Mana?!

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim



"Kahkahkah! Ni style-style nak mengorat lah ni"
"Kalau ye pon kenapa?"
"Takdelah...tanye je..habis dapat tak?"
"Bukan mengorat,better kawan dulu..tengok dia macam mane..mane bole terus nak tangkap cintan je"
"Tak sangka aku ko macam tu...kahkah"

..................................................................................................................


"Beb,jauh tu Kedah duduk...ingat orang area Selangor ke Pahang..."
"Ok lah tu..mana tau ade jodoh bole jalan-jalan utagha.. Kedah best tu ada Langkawi..hang pon tak
pernah pi"
"Apehal tiba nak ber hang-hang ngan aku pulak..hahaha"
"Hahaha..kawan je la dulu"
"Memang tengah kawan la ni,hahaha"

gagah jugak kau censored macam-macam

"Nak start perkenalan kena lah tanya hal yang penting dulu... kahkah"



Thanks For Approval

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim





Perempuan datang atas nama Fauziah
Ada apa dengannya





"Owh,ni pasal aweks la ni.."
"Ya..mungkin lebih..."


15 Mei 2012

"Siapa power bab-bab Micro C ni?" "kalau nak pergi RC(Resource Centre) la. Budak-budak ni tengah study kat sana. Nak pergi jom ar lepas zuhur.Tunggu Mas,dia nak datang satgi." "Orait gak."

..............................................................

"Siapa tu Mas?"
"Tu la Fauziah Mansor. Budak pandai aku cakap hari tu.Speaking time present cam foreigner."
"Owh..ni la Fauziah. Dah tu kau nak masuk dalam bilik tu ke study dengan diorang? macam ramai sangat je. Kang tak jadi study pulak."
"Khai,mintak kat diorang hint dengan past year. Nanti kita study dengan budak-budak wira damai."



16 Mei 2012

Add as friend. Try lah, mana lah tau kot-kot tersangkut. "FM Budak course mana ni beb?" "Same dengan ko la, Electrikal" "Owh,okay..."

17 Mei 2012

Friend request approved.You and Fauziah Mansor are friend now.

"Wah,cepat dia approve.First skali mesti lah kene conteng dekat wall dia dulu."

[thanx  hehe]

PING!

1 notification. 

Syaman like your post

"Aduh,kantol dengan si syaman pulak.Ade je mamat ni kat mane-mane."






Bukan Kali Kedua?

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim


Perempuan datang atas nama cinta
Digenangi air racun jingga adalah wajahmu
Seperti bulan lelap tidur dihatimu
Yang berdinding kelam dan kedinginan
Ada apa dengannya
Meninggalkan hati untuk dicaci
Baru sekali ini aku melihat karya surga dalam mata seorang hawa
Ada apa dengan cinta



credit : Rako Prijanto (AADC)



Tak pernah.Tak pernah sekali aku mengarang blog.''First time?''. ''Ya, bro..first time.Takde lah first time,dulu ada lah jugak buat blog itupon sebab buat FYP (final year project) masa zaman student." "Habis tu, kenapa tiba-tiba nak buat blog?". "Saje boring (cliche)" 

"Tu atas puisi mende?" "Entah,aku main rembat je kat blog sape-sape.Bunyi macam best je"


"Tapi blog kau tak cantik." "Ya ke? Äpakah yang patut aku lakukan?,eh peduli apa aku kalau tak cantik pon" 


.................